Aziqa Nuha Needlework
Tempahan pakaian, Jahitan manik, Sulaman tangan, Gubahan hantaran, Perkahwinan
By: Aziqa Nuha

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Jun-2013 03:43 Email | Share | | Bookmark
Kurung Moden dengan sulaman manik

 
 
 
View all 5 photos...
Kurung Moden dengan kain lipat batik milik seorang Pegawai AMANAH IKHTIAR MALAYSIA. Cik Rosidah mahukan Ziqa mengambil bahagian yang kosong tuk di jadikan baju dan di sulamkan dengan manik .. pening gak kepala Ziqa meng'adjust'nya .. takut x cukup kain sbb cik Rosidah ni tinggi sgt orangnya.


Thursday, 9-May-2013 14:25 Email | Share | | Bookmark
Peplum

 
Fesyen peplum memang tgh hot sekarang ni .... fesyen zaman Allahyarhamah Puan sri Saloma dh mula bangkit lagi ..
Cik Nana tempah peplum untuk di gayakan dengan skirt pendek ketat. Katanya nak pakai hadiri seminar sebagai wakil syarikatnya.
Gadis sekarang memang handal bergaya ...


Thursday, 9-May-2013 08:16 Email | Share | | Bookmark
Kurung Moden

 
 
Riesya mmg suka baju labuh ... kali ni dia nak Ziqa buatkan dia baju yg simple. bahagian bawah nak lebar .... labuh dan kelihatan 'loose'
Dia juga nak Ziqa bentukkan bahagian bawah dgn bentuk 'U'
Dia memilih untuk memadankan bajunya ini dengan kain susun belakang. leher nak yang simple jer .. leher baju kurung sudah memadai ... maka jadilah ia sepasang kurung moden.

Bagi org yang bertubuh tinggi langsing pasti nampak elegan dengan baju ini ..


Monday, 6-May-2013 10:40 Email | Share | | Bookmark
Kurung c/w Selendang

 
 
 
Kurung Kak Kiah ni koyak terkena seterika di bahagian bawah sikit dari pinggang. Dia ngadu kt Ziqa. Mula-mula x tau gak apa nak buat .. Yang Ziqa tau koyak tu harus di tampal sbb kurung kak Kiah ni uniform satu persatuan di tempatnya.
Last nya Ziqa dapat idea .. instead of tampal baik Ziqa tambahkn dengan kain berupa selendang. Ziqa carikan kain Chiffon yg serupa dengan bunga bajunya. Di bahagian pinggang tu Ziqa jahitkn dengan bunga sulam tampal. Meriahkan dengan sedikit manik .. barulah kak Kiah akan nmpak vogue sikit ..
Hasilnya .. Kak Kiah suka sangat sebab x der orang lain yg pakai baju seumpama dirinya di situ ...
Ziqa plak gembira sbb kak Kiah berpuas hati ..


Thursday, 2-May-2013 16:20 Email | Share | | Bookmark
Sulaman Reben

 
 
 
Contoh sulaman riben yg agak simple. Sulaman riben ni Ziqa buatkan di atas poket beg kain milik seorang kawan.
Sulaman riben ni cantik di buat di atas sarung kusyen samada yg di letak di ruang tamu ataupun dalam kereta. boleh juga di sulam atas alas meja ataupun alas peti sejuk dan mesin basuh.
Seorang kawan pernah minta Ziqa buat sulaman di atas kain tebal dan di framekan. Dia gantung dekat dinding ruang tamu rumahnya. sayang Ziqa x sempat ambil gambarnya sebab masa tu kamera Ziqa hilang kena rembat dengan Encik pecah rumah ..


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net